Penukaran & Pemulangan
Tukar saiz
Jika baju tidak muat, anda boleh memohon tukar saiz dalam tempoh 7 hari selepas menerima pesanan, dengan syarat:
- Baju belum dipakai dan belum dibasuh.
- Tag masih ada dan baju dalam keadaan asal.
- Penukaran tertakluk kepada stok saiz yang diminta.
- Kos pos menghantar baju kepada kami dan kos penghantaran baju ganti ditanggung oleh FIRADI.
Kami hanya menawarkan penukaran saiz — tiada bayaran balik wang bagi pertukaran fikiran atau saiz tidak sesuai. Sila rujuk Carta Saiz sebelum membuat pesanan.
Barang rosak atau salah hantar
Jika baju yang diterima rosak, cacat, atau berlainan daripada yang dipesan (warna / saiz / kuantiti), sila maklumkan dalam tempoh 7 hari selepas menerima pesanan, bersama no. pesanan dan gambar baju. Kami akan menghantar baju ganti tanpa sebarang kos kepada anda; jika stok tiada, bayaran untuk baju tersebut akan dipulangkan.
Cara memohon
Hubungi kami dengan no. pesanan anda, saiz yang dikehendaki (untuk tukar saiz) atau gambar baju (untuk barang rosak / salah hantar):
- Emel: admin@firadi.com
- WhatsApp: melalui pautan WhatsApp di bahagian Soalan Lazim laman kami
Kami akan memaklumkan alamat untuk menghantar baju dan langkah seterusnya.